TIPS KESIHATAN (Minum air terlampau banyak membahayakan kesihatan)


Air merupakan unsur yang sangat penting bagi manusia. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air, akan menyebabkan dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja. Tetapi menurut Doktor Rafidah Abdullah, minum air dengan berlebihan juga boleh menyebabkan risiko seperti keliru, koma dan sawan. Berikut adalah perkongsian dari Dr. Rafidah. Jom sama-sama kita ambil pengajaran dari perkongsian beliau ini.



Apa yang kita perlu sehari adalah mengikut aktiviti kita. Sebagai contoh, jika kita berdiri tengah panas, aktiviti bersukan, demam; nescaya keperluan air akan jadi lebih lagi. Jangan lupa, makanan kita pun ada kandungan air; terutamanya buah-buahan.
Minum banyak air TIDAK BOLEH kuruskan badan. Nak kurus, kena kira kalori keluar masuk betul-betul.
Minum terlebih sangat air boleh memudharatkan (jangan tanya saya berapa banyak sebab lain orang lain). Entiti ini (dipanggil Primary Polydipsia) jarang berlaku.
Bila badan terlebih sangat air, air akan menyebabkan sel badan membengkak (gambar di bawah ). Ia juga berlaku di dalam otak kita; jadi menyebabkan risiko seperti keliru, koma dan sawan. Kondisi ini dipanggil Hypervolaemic Hyponatraemia (dilutional), biasanya bila bacaan darah sodium terlampau rendah (normal antara 135-145 bergantung kepada makmal).

Keadaan ini juga boleh berlaku bila ada kegagalan buah pinggang, hati & lemah jantung. Sebab itu Doktor mohon kurangkan pengambilan kuantiti air.
Tak payah susah-susah nak tanya berapa banyak air anda perlu kerana lain orang lain kuantitinya. Yang tentunya, tak payah sampai 10L.
Bersederhanalah.

Sumber dari Facebook Dr Rafidah Abdullah
Weekday :
Day - RM 20/Hours
Night - RM 25/Hours
Weekend
Day & Night - RM 25/Hours
Sesiapa yg berminat nak menyewa bilik seminar boleh contact 016-9245797
Lokasi kami di atas 7-eleven bersebelahan Pantai Hospital.
Include :
1) Wifi
2) Glass Board
3) Projector
4) LCD
5) Computer
6) Air condition
7) 40-45 seat
8) Tandas
9) Ruang solat
10) Parking yang luas





Comments

Popular posts from this blog

LATIHAN INTERNSHIP DI MANJUNG

Bukit Broga

Seminar (UTM)